Showing posts with label konGsi ilmu. Show all posts
Showing posts with label konGsi ilmu. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

saja nak kongsi


camana nak bli DSLR? apa nak kene tinguk sblm pilih ? nak beli kat mana?

Nak bli kamera pi jela kat kedai kamera takan kat pasar sehari..ye tak..salah bukan just pegi tinguk cantik, brand bagus tros beli...salah tu..bende yg perlu diperhatikan adalah:

1- pastikan jenama pilihan..NIKON.SONY.CANON.PENTAX.OLYMPUS dll...lihat sekeliling jika ada rakan yg pakai dari jenama tertentu better ikut brand macam rakan terutama NIKON atau CANON.bukan bias tapi banyak kebaikannya selain boleh pinjam2x lens tukar2x pengetahuan setting dsb.

2- bila dah ada pilihan buatla sikit kajian tentang kamera yg dah dipilih tu..lihat review2x kat internet kalo ada kawan yg dah ada kamera tu test drive sket..tinguk selesa tak pakai yg brand A dan brand B..setiap dslr ada rekabentuk yg berbeza dari segi body built..ade berat ada ringan...susunan button pun tak sama pilih ikut mana yg selesa dan suka..selain itu buat la sikit kajian tentang keupayaan kamera tu cam ISO, frame rate, menu, supported lenses dan accessories. bandingkan antara model dari segi keupayaan (spec dan harga). kamera yg baik semestinya mempunyai specification yg baik dan harga yg lebih mahal.

3- juga dapatkan advise tentang keupayaan lain kamera tersebut spt video recording dan yg termudah adalah bawak rakan2x yg ada pengetahuan sikit2x pasal kamera masa nak beli kamera..

4-jika wang bukan masalah dapatkan kamera dari kategori profesional level atau amateur level juga sudah memadai...external FLASH atau speedlight adalah accessories tambahan yg mesti ada. penggunaan flash adalah agak straight forward sama ada direct flash atau bounce..tetapi flash juga terbahagi kepada kategori beginner dan pro..pro semestinya lebih mahal dan lebih berkuasa.

5-dalam pemilihan lens, biasanya apabila anda membeli DSLR kitlens akan diberi bersama as package. tetapi jika anda mempunya budget tambahan anda boleh mendapatkan lens yg lebih high spec berbanding kitlens..lens juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

portrait lens
50mm 20mm 85mm 24mm 35mm

standard zoom lens
18-55mm 17-55mm 18-105mm 18-70mm 12-60mm

Telephoto zoom lens
70-200mm 70-300mm 55-300mm

super telephoto lens
400mm 600mm

wide angle lens
11-16mm 12-24mm 10mm Fisheye

pemilihan lens dari segi F/stop juga penting...semakin kecik F/stop (cth F1.2) semakin sharp gmbr tetapi semakin shallow depth of field (blurr background) dan semakin mahal lens tersebut...tetapi lens dalam kategori ini menyelesaikan masalah untuk merakamkan imej dalam keadaan cahaya yg kurang..jika masalah gelap timbul dan anda hnya menggunakan kitlens yg mempunyai F/stop 3.5 minimum, speedlight adalah penyelesaiannya..

selamat membeli..

p/s: semakin tinggi ISO semakin tinggi tahap kepekaan sensor terhadap cahaya persekitaran..penggunaan ISO yg tinggi akan mengakibatkan NOISE pada imej yg dirakamkan tetapi sesetengah kamera spesifikasi tinggi tidak akan menghadapi masalah ini.

untuk lebih lanjut sila buat kajian spt saranan no2. :-))

Friday, August 13, 2010

kenapa photographer charge mahal

Salam

saja nak bekongsi ilmu sket..maybe ramai yg dah tau tp maybe ade yg masih tak faham..info berkaitan ini digarab dari pembacaan dan pembelajaran di internet dan buku2x photogrphy..tajuknya adalah kenapa photographer event wedding,engagement dsb charge mahal???

1.setiap event memerlukan 2 org photographer sekurang2xnya untuk merakam detik2x indah dalam sesuatu majlis..contoh: seorang photographer merakam detik anda mencium tangan suami selepas akad nikah..seorang lagi diperlukan maybe untuk merakam ibu anda menitiskan air mata..kalau ade sorang photog je camana nak rakam 2 detik dalam satu masa???? photog yg sorang lagi tu takan free je..batteri-makan minum transport di nak dtg sapa tanggung???

2.Post processing/editing..sekarang ni banyak kamera riban2x yg power2x tapi takde wedding photographer yg shoot tros hantar print then serah pada customer..carila kalo jumpa..keje2x post processing ni agak renyah dan memerlukan ketabahan photographer.lagi2x kalo gambar gelap sebab kurang cahaya-muka pengantin tak cun sb mak andam tak pandai solek dsb..sapa nak touchup semua tu???photographer gak..

3.kos yg ditanggung..bila menjadi seorang photographer wedding anda seolah2x telah membuka satu perniagaan..setiap perniagaan memerlukan pengiraaan kos untung dan rugi...semua misti diambil kira..dari kos bateri untuk flash ke harga sebuah album hingga kos pengangkutan dan penginapan photographer semasa menjalankan tugas..sapa nak tanggung semua tu???

4.pelaburan ke atas peralatan digunakan..kamera yg dibeli mencecah hingga ke ribuan ringgit..mengapa ada yg charge service hingga 4k untuk satu event???(S-N) kerana kamera dan peralatan yg digunakan sahaja sudah mencecah hampir 10k..bayangkan kalo kamera yang harga 3k itu rosak untuk satu job yang berharga 1k kebawah...harga nak baiki kamera paling minimum 250...apa yg tinggal untuk photographer???kos perjalanan lagi..nak hantar cuci lagi..

sekian buat masa ini..
note: post ini bertujuan sekadar berkongsi pandangan bukan menghentam sesiapa..harap maaf jika terasa..jika anda beginner its ok if you got your camera free and start shooting wedding with cheap price..but please do raise your price tag when you think this is your periuk nasi la bro..

aku tak suka HDR images..sekian terima kasih