Tuesday, November 30, 2010

Free Pre Wed photoshoot

20101128-IMG_9115
Promosi 2011 percuma Pre-wed photoshoot dari gengambo untuk 12 tempahan awal untuk pakej majlis Pernikahan + Persandingan (1 Hari) + Bertandang.tertakluk kepada terma dan syarat..
layari galeri gengambo

http://preview.tinyurl.com/3adyf8y

Sunday, November 28, 2010

Engagement Rin & Madi :28112010

DSC00739-2
DSC00674
DSC00723

Majlis Pertunangan
Rin & Madi
28112010 Taman Sri Gombak Selangor

Tahniah dari gengambo photography..semoga ikatan akan kekal dan diutuhkan dengan penyatuan ikatan pernikahan seterusnya bahagia hingga ke akhirnya.InsyaAllah


for sale
http://preview.tinyurl.com/3adyf8y

Friday, November 26, 2010

another pics from teluk intan wedding

Wednesday, November 24, 2010

Suka amik pic natang ni

Photobucket

aku pantang betol kalo nampak objek ni..misti aku nak shoot bokeh...

For sale
1- SONY Alpha A350 (14.1 megapixel) with kitlens 18-70mm F3.5
2- SONY HVL-F42AM Speedlight
3- KONICA MINOLTA 50mm F1.7 portrait lens
4- PHOTTIX battery grip (A350) with battery
Selling as bundle only..no tawaran tuk bli part2x kecuali nak bli body+kitlens sahaja
price for all starting from RM3000

Berjalan kesana

last week time org sibuk2x balik kampung tuk raye aji aku pi naik genting highland tuk setelkan beberapa kerja..bukan berjalan2x atau berjudi ye..actually ni kali kedua naik..kali pertama pon atas urusan kerja..tak pernah lagi naik atas tu tuk bercanda ria..entah bagi aku takbest mana pon duk atas tu..yg bestnye sejuk je..dan tidak lupa juga harga tehtarik secawan 1.80. dan bila anda jalan di kawasan laluan pekerja akan terasa spt berada di kowloon atau tmpt scary kat hongkong...sb bangunan kat sana actually sudah agak berusia..

yg penting kat atas tu penuh ngan aunti dan uncle china warga emas..berjudi rasenya...sblm mati nak abeskan duit berkepok dalam bank diorang pi berjudi..kasi aku lagi bagus kan...hahaha...

Sunday, November 21, 2010

Teaser

DSC00197

teaser majlis persandingan pasangan pengantin di kg batu 8 teluk intan perak
pada 20 Sept 2010

which style tone do you like?
the original tone or the custom tone like in here

official photog: fahmie
backupman: semy

Saturday, November 13, 2010

Simple but....

salam,

jumaat morning, sewaktu tesangkut dalam jammed nak pergi keje kereta aku hampir dilanggar oleh kereta yang terundur ke belakang sewaktu behenti di traffic light...sepemandu banggang tu duk setup2x rambut mekap bagai tak sedar kereta dia bergerak ke belakang even aku dah hon panjang..cium sket la sb aku rase ade bunyik touch bumper depan aku ngan bumper blakang kancil dia..nasib baik dia sempat tekan minyak semula dan buat2x macam takde pape..WTF.

simple je kan..berhenti free gear tarik handbrake..susah ke..lagi2x kalo nak setting2x rambut ke mekap ke..

lagi satu pasal kat bulatan..aku pon baru praktikkan tatacara pemanduan di bulatan sebab lesen kereta aku baru setahun..lesen moto aku dah bertahun2x tp pakai moto mana nak praktikkan tatacara sbnr pemanduan di bulatan...tahukah anda bahawa:

1) jika hendak masuk ke susur jam 9 dan 12 anda perlu berada di lorong paling kiri...

2) jika hendak masuk ke susur jam 3 dan jam 6(u-turn) anda perlu memandu di lorong paling kanan...

kedua2x cara pemanduan ini perlu dimulakan sebelum anda memasuki kawasan bulatan...jika dah dalam bulatan baru sibuk nak tukar lorong maka eksiden la jawapnye..dan anda perlu ingat bahawa kenderaan yang sudah berada di dalam bulatan adalah diutamakan berbanding kenderaan yang masih diluar bulatan..

sekian terima kasih
mentaliti pemandu2x di negara ini amat teruk..kadang2x terpikir bwak kereta boleh sebabkan kene penyakit heart attack sb asik nak maki pemandu lain yang memandu macam bodo...

Wednesday, November 10, 2010

DSC_1516

Ain Salleh
Majlis Pertunangan

Rasa cam penah upload je gambo ni..kesian kan..takde gambo baru..nak buat camana..upload la gambar2x lama.. gengambo menawarkan pakej pre/post wedding photoshoot dari serendah RM99
(tertakluk kepada terma dan syarat)

rasa loser gile arini..sekian terima kasih




Tuesday, November 9, 2010

Black & white

DSC_8706

Model : Rahsia
Lokasi : Kuala Pilah
Peralatan : Nikong + Adobe Photoshop

Saturday, November 6, 2010

Putrajaya 6 Nov 2010

kan dah kata nak pi putrajaya

DSC00199
Pullman Lakeside

DSC00235
abandoned bridge

DSC00255
Half light only

DSC00263
Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan)

DSC00264
Gemilang Bridge from a small jeti and very gelap..

DSC00274
Masjid Merah (sengaja overexpose)

DSC00278
lens Pen please..

All pic taken using Sony Alpha A350+kitlens 18-70+tripod plus editing Lightroom
setting:
Aperture priority F8-F22
Shutter Speed Priority 1/30sec
Manual Bulb F22
W/B Tungsten

Boring..

minggu ni gua duk umah sorang2x..ade sapa2x nak ajak wa lepak2x halo2x la wa try join..bila bosan wa jalan2x shah alam cari subjek..ditengah2x gelap tasik shah alam wa shoot ini..angle and compo sama je ngan gmbr2x sblm ni..sebabnye aku shoot dari tmpt yg hampir sama..dari bawah tasik dekat wisma mbsa..haha..

DSC00189

bosan aku buh tripod pastu ronda area2x seksyen berasa ntah..dekat depan mahkamah tak silap aku shoot ni dari dlm kereta masa tngh bergerak...

p/s:esok macam nak pi putrajaya plak...

Monday, November 1, 2010

Rosak Reputasi

aku rasa reputasi aku dah rosak...macamana nak pulihkan reputasi aku ni????? reputasi penting beb..tp kalo rosak dan takboleh nak selamatkan jawapnye.....SELAMAT JALAN la beb...

transformers 3 akan datang.

Wednesday, October 27, 2010

apa kata kau

Salam,

terasa nak post pasal isu ni..isu fotografi la..sejak dua menjak ni..job dah tak banyak..mungkin takda rezeki kali ni..rezeki org lain pulak rasanya..tapi bila takda job mula la pikir nak main harga..harga aku mahal sangat ke???? atau aku tak layak ke nak letak harga sampai macam tu...termenung gak sekejap...kalau dulu masa harga aku dibawah paras normal bukan main lagi ramai orang tanya..sekarang macam dah suram..perlu perubahan angin ni..mungkin la..

tapi cuba pikir2x balik..harga aku masih relevan dengan apa yg aku tawarkan..kaji selidik..tambah tolak untung rugi kos perbelanjaan semua bila dapat satu job tu aku dah buat..siap ada formula lagi..selalu revise harga dengan keadaan persekitaran ekonomi..bukan banyak pon untung aku dapat..tambah2x skang ni jenis pakai skim pembayaran fleksibel..bukan merasa sngat pon untung wat photograhy ni..(pada aku la...sb aku ni selalu sempit poket)

tapi senario sekarang ni dah lain...orang akan cari yg paling murah tapi nak ada macam2x..siap cover majlis 2-3 hari lagi..aku pon nak gitu kalo ada org sanggup cover majlis aku nanti..tapi relevan la sikit brader..

p/s: bukan merungut sb takda job tp kecewa sket...pakej dan harga aku tak berjaya tarik minat org ramai...hahahahahahah...cam haram perangai..

Tuesday, October 26, 2010

main color

sony alpha a350+18-70mm
editing: Adobe lightroom only
locations: Japanese Village Bukit Tinggi Pahang

DSC01407

update gmbr lama2x

Sunday, October 24, 2010

Selesema

DSC_0284
gmbr skadar hiasan

selesema..selesema yg agak teruk..patut bli soluble aku bli actifast...takpela..ubat jugak..smlm dgn rasminya JED4813 tamat perkhidmatannya dengan aku..next dia akan berkhidmat tuk adik aku lak...pi hantar moto nek ketapi pagi smlm..kalut punye pasal bleh tercicir geran moto kat stesen KTM...sebaik jumpe..kalo tak panjang ceritanya...