Wednesday, April 20, 2016

Nimota Ranger X7 Sprocket Cruising Setup

Nimota Ranger X7
Umur 1 tahun 9 Bulan
Status: Teruna

Salam,
Cruising, Top Speed atau Bottom End setup..Mana satu pilihan anda...

Cruising
Sprocket depan dan belakang hendaklah dalam kadar pertengahan dari carta sprocket ratio kat bawah. Hendaklah sentiasa ingat..kalau ratio tak kene, jahanam gearbox anda. Saiz sprocket tak terlalu kecil dan tak terlalu besar dan sesuai untuk daily cruising pergi keje balik keje..(moto atas tu pakai 16/45 so ratio dia 2.81) Top speed 140kmph time turun bukit..haha

Top End
Kaki long distance suka setup ni..moto tak pickup tapi lajak..Sprocket size selagi boleh kecik..Untuk motard, setelah di google, saiz paling kecik adalah 39..takboleh kecik lagi dah..maybe ada yg modi sampai 28 tak sure lah..

Bottom End
Ni tuk kaki pacak kaki torque..starting dia champion gear 1-3 masuk gear 4-5 dia kene tinggal dah..Sprocket size sebesar yang boleh..motocross gunakan sprocket bersaiz besar untuk lebih torque mana nak naik bukit redah lumpur dan sebagainya. Hasilnya moto sangat pickup tapi topspeed simpan kat umah..


Nak cari barang nimota...search FB Jeffrey Wong atau click je link ni Brother ni jual dan sediakan perkhidmatan pos skali.