Saturday, November 13, 2010

Simple but....

salam,

jumaat morning, sewaktu tesangkut dalam jammed nak pergi keje kereta aku hampir dilanggar oleh kereta yang terundur ke belakang sewaktu behenti di traffic light...sepemandu banggang tu duk setup2x rambut mekap bagai tak sedar kereta dia bergerak ke belakang even aku dah hon panjang..cium sket la sb aku rase ade bunyik touch bumper depan aku ngan bumper blakang kancil dia..nasib baik dia sempat tekan minyak semula dan buat2x macam takde pape..WTF.

simple je kan..berhenti free gear tarik handbrake..susah ke..lagi2x kalo nak setting2x rambut ke mekap ke..

lagi satu pasal kat bulatan..aku pon baru praktikkan tatacara pemanduan di bulatan sebab lesen kereta aku baru setahun..lesen moto aku dah bertahun2x tp pakai moto mana nak praktikkan tatacara sbnr pemanduan di bulatan...tahukah anda bahawa:

1) jika hendak masuk ke susur jam 9 dan 12 anda perlu berada di lorong paling kiri...

2) jika hendak masuk ke susur jam 3 dan jam 6(u-turn) anda perlu memandu di lorong paling kanan...

kedua2x cara pemanduan ini perlu dimulakan sebelum anda memasuki kawasan bulatan...jika dah dalam bulatan baru sibuk nak tukar lorong maka eksiden la jawapnye..dan anda perlu ingat bahawa kenderaan yang sudah berada di dalam bulatan adalah diutamakan berbanding kenderaan yang masih diluar bulatan..

sekian terima kasih
mentaliti pemandu2x di negara ini amat teruk..kadang2x terpikir bwak kereta boleh sebabkan kene penyakit heart attack sb asik nak maki pemandu lain yang memandu macam bodo...

4 comments :

~Seven~ said...

sy sokong statement anda..pemandu2 di malaysia kdg2 wat mcm dia sorang je jalan raya..sgt bengang..leh dpt darah tinggi kalo hari2 jumpe pengguna jalan raya cenggitu...

semy said...

signal pon penting..

k.e.r.i. said...

bawak motor pun asyik maki hamun driver woh.
bila nak tukar lane dari kiri ke kana @ vice versa, dengan selamba nye masuk tak kasi signal.
beli kereta takde pakej sekali dengan signal agaknya.

semy said...

signal accessories...nak bayo..tanak bleh exclude dari pakage..lampu signal tu lakonan semata2x.haha