Friday, July 1, 2016

DIY Replace Brake Pad Proton Persona


Salam semua.
Just nak share last cara-cara nak gantikan brake pad untuk tayar depan proton persona. Alat yang diperlukan adalah seperti dibawah
1. Car Jack
2. Spannar buka tayar
3. Spannar atau socket wrench saiz 13
4. Screwdriver mata rata
5. Apit G (saiz besar)
6. Brake pad baru mengikut jenis kesesuaian kenderaan anda.

Sebelum bermula, pastikan kenderaan diletakkan ditempat rata dan selamat untuk mengelakkan kereta anda rollover dan jatuh dari car jack. Ikuti langkah berikut:
1. Jack tayar hingga ketinggian yang sesuai dan tanggalkan tayar
2. Gunakan spannar/socket saiz 13 untuk menanggalkan screw salah satu bahagian atas atau bawah seperti gambar dibawah

3. Tarik keluar brake caliper seperti gambar dibawah dan keluarkan brake pad yang lama.Gunakan screwdriver mata rata untuk mencungkil keluar brake pad yang biasa akan melekat rapat pada brake disc.


 4. Gunakan apit-G untuk menolak brake piston kedalam supaya brake pad yang baru dan masih tebal boleh dimasukkan dan caliper boleh diletakkan ke kedudukan asal.

5. Rapatkan semula caliper ke kedudukan asal dan pasang semula skru saiz 13 yang ditanggal sebelum ni. Siap..Jangan lupa pasang balik tayar kenderaan anda.

1 comment :

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)