Thursday, March 12, 2009

Amalkan petua bomba

org asik dok tanye "apa petua bomba mie?"


Kahwin hutang punca cerai

JOHOR BAHRU 3 Mac – Trend ‘kahwin hutang’ dan kegagalan mengamalkan ‘petua bomba’ merupakan antara punca utama kes perceraian semakin meningkat di negeri ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, perbelanjaan perkahwinan secara berhutang hanya menyusahkan pasangan selepas berkahwin dan boleh menyebabkan perceraian.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak termasuk keluarga kedua-dua pengantin perlu berfikiran rasional supaya perbelanjaan perkahwinan mengikut kemampuan tanpa perlu berhutang.

“Suami isteri juga perlu mengamalkan ‘petua bomba’ iaitu tugas bomba adalah memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

Dalam perkahwinan begitu juga, ikut falsafah air yang sejuk dan memadamkan kemarahan atau pertengkaran.

“Malah suami isteri juga mesti menjadi penyelamat, cuba sebaik mungkin menyelamatkan perkahwinan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mengenai kes perceraian yang mencecah 75,299.

Nooh berkata, trend ‘kahwin hutang’ juga dikhuatiri menyebabkan sesebuah perkahwinan menjadi tidak berkat yang akhirnya membawa kepada perceraian.

“Jika pinjaman dilakukan mengikut hukum Islam tidak mengapa, namun jika pinjaman itu berasaskan riba, kita bimbang perkahwinan tidak mendapat keberkatan.

“Sebaik-baiknya elakkan terus daripada berhutang dan belanja ikut kemampuan,” katanya.

No comments :